Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Wednesday 12 February 2014

Etika Penggunaan Internet


Etika Komputer

  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul.
  • Hak peribadi individu, ketetapan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.


Objektif :

  • mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
  • memahami prinsip etika komputer
  • memahami etika profesional Teknologi Maklumat
  • mengetahui fungsi kod etika profesional
  • keperluan etika komputer

Prinsip Etika Komputer
  1. Keseimbangan
    • Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
  2. Keizinan termaklum
    • Mereka mestilah faham kesan teknologi maklumat dan menerima risiko yang akan dihadapi.
  3. Keadilan
    • Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Risiko yang diterima mestilah adil untuk kedua-dua belah pihak.
  4. Meminimumkan risiko
    • Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risikonya.

10 Rukun Etika Komputer
  1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu. 
  6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
  7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
  8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  9. Memikirkan kesan sosial program atau  sistem yang dibangunkan.
  10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

Contoh Brosur Etika Penggunaan Internet



Video Etika Penggunaan Internet


No comments:

Post a Comment