Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Sunday 4 May 2014

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 4

Tarikh                         : 03 April 2013
Masa                           : 0.30 pagi - 11.30 pagi (1 jam)
Kelas                          : 4 Amanah
Bilangan Murid         : 30 orang
Mata pelajaran           : Bahasa Melayu
Tema                          : Citrawarna Malaysia
Tajuk                          : Pakaian Tradisional di Malaysia

Standard Kandungan           : Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat
  menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran       : Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang
  jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat
  majmuk dengan betul.

Objektif pelajaran     : Pada akhir pelajaran ini, murid akan dapat:
                      i.        Murid dapat berbincang mengenai topik pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia dengan menghuraikan maklumat dengan alasan yang menyakinkan.
                     ii.        Murid akan dapat mengemukakan isi yang diperoleh dengan jelas dan fasih.

Pengisian Kurikulum            :
·         Ilmu: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
·         Nilai: Kesedaran dan keprihatinan

Elemen Merentas Kurikulum : 1) Keusahawanan, kecerdasan pelbagai (naturalis), dan
(EMK)                                           kontekstual
  2) Nilai : Rajin, bekerjasama, hormat dan bertatasusila.

Pengetahuan Sedia Ada         : Pemerhatian tentang budaya setiap kaum yang ada di Malaysia.

Sistem Bahasa                      : Tatabahasa-kata panggilan
                                                  Sebutan dan intonasi -berdasarkan petikan


Bahan Bantu Mengajar        : Persembahan video dan slide, papan putih, kad tugasan.

Penilaian Pengajaran dan    : Murid dapat mengenalpasti jenis-jenis pakaian tradisional yang
Pembelajaran                          terdapat di dalam Malaysia.


Langkah /Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set induksi
(5 minit)
Tayangan Klip Video, -  “Pakaian Tradisional Malaysia”


Bersoal jawab dengan murid mengenai pakaian tradisional yang diketahui mereka.

1. Apakah pakaian tradisional 
masyarakat Melayu, India dan Cina?
2. Bilakah pakaian tersebut dipakai?
3. Apakah etnik yang anda ketahui di Sabah dan Sarawak?
  • Murid menonton tayangan klip video yang disediakan
  • Guru meminta murid untuk memerhatikan setiap perkara yang terdapat dalam klip video yang dipaparkan.
  • Guru bersoal jawab dengan murid mengenai pakaian tradisional yang mereka ketahui.
  • Guru bertanyakan kepada murid mengenai etnik yang murid ketahui di Sabah dan Sarawak.

BBM:

  • Paparan “slide”
  • Paparan Video

Ilmu:
·         Sivik dan kewarganegaraan

BCB:

·         Kemahiran mendengar

Langkah 1
(10 minit)

Aktiviti Pembacaan Petikan teks :

  • Guru mengarahkan murid membaca petikan teks yang dipaparkan dalam “slide”.

  • Guru membimbing murid dalam memahami petikan teks tersebut.

BBM:
·         Petikan teks.
·         Paparan slide.
·         Lembaran kertas

Ilmu:
  • Sivik dan kewarganegaraan.
Nilai:
  • Kesedaran.
  • Keprihatinan.

Langkah 2
(15 minit)


  • Penerangan ilmiah kepada murid mengenai cara mengeluarkan isi-isi penting dalam petikan teks surat berita.

  • Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan

  • Isi penting yang telah dikeluarkan dibuat dalam bentuk pengurusan grafik seperti peta minda.

Surat Berita- Petikan Teks

·         Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.

·         Guru meminta murid-murid mengenal pasti dan mengeluarkan isi penting yang terdapat dalam petikan teks yang sama.


BBM:

·         Petikan teks.
·         Paparan slide.
·         Lembaran kertas.


Ilmu:
·         Sivik dan 
                  kewarganegaraan

Nilai:
  • Kerjasama.
·         Keprihatinan

Langkah 3
( 10 minit )

   

·         Menggunakan pembelajaran dalam talian dan luar talian.

·         Melayari laman web yang telah disediakan.

Sekiranya tiada akses internet :

  • Membuka fail web yang telah disimpan guru.

·         Guru mengarahkan murid untuk membuka beberapa laman sesawang yang telah disediakan.



Sekiranya tiada akses internet :

·         Guru meminta murid membuka fail web yang telah disediakan guru.

·         Guru bersoal jawab dengan murid mengenai laman sesawang yang dibuka.


BBM:
  • Paparan “slide”
  • Laman sesawang

Ilmu:
·         Sivik dan kewarganegaraan

Nilai:
  • Baik hati.
  • Keprihatinan.


Langkah 4
( 15 minit )







  • Murid-murid diberikan brosur “Pakaian Tradisional”.

  • Murid diarahkan menjawab soalan pemahaman yang disediakan.

  • Guru menyuruh murid membaca brosur mengenai “Pakaian Tradisional” yang telah diberikan.

  • Guru meminta murid menjawab soalan pemahaman yang diberikan.


BBM:
·            Brosur.   
·         Paparan slide.
·         Lembaran kertas

Ilmu:
  • Sivik dan kewarganegaraan

Nilai:
  • Baik hati.
  • Keprihatinan.


Penutup
(5 minit)

  • Guru menunjukkan video lagu berkaitan topik yang dibincangkan bersama.

  • Membincangkan keunikan yang terdapat di Malaysia.

·         Guru dan murid bersama-sama menghayati lagu mengikut rentak dan irama.

·         Guru meminta murid untuk memberi kesimpulan berdasarkan tajuk yang dipelajari.





BBM:
  • Paparan “slide”
  • Klip video
Ilmu:
·         Sivik dan kewarganegaraan
Nilai:
  • Baik hati.
·         Keprihatinan






Wednesday 12 February 2014

Etika Penggunaan Internet


Etika Komputer

  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul.
  • Hak peribadi individu, ketetapan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.


Objektif :

  • mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
  • memahami prinsip etika komputer
  • memahami etika profesional Teknologi Maklumat
  • mengetahui fungsi kod etika profesional
  • keperluan etika komputer

Prinsip Etika Komputer
  1. Keseimbangan
    • Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
  2. Keizinan termaklum
    • Mereka mestilah faham kesan teknologi maklumat dan menerima risiko yang akan dihadapi.
  3. Keadilan
    • Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Risiko yang diterima mestilah adil untuk kedua-dua belah pihak.
  4. Meminimumkan risiko
    • Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risikonya.

10 Rukun Etika Komputer
  1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu. 
  6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
  7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
  8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  9. Memikirkan kesan sosial program atau  sistem yang dibangunkan.
  10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

Contoh Brosur Etika Penggunaan Internet



Video Etika Penggunaan Internet


Wednesday 5 February 2014






Assalamualaikum dan salam sejahtera,
salam dihulur pembuka bicara,
selamat datang ke blog saya,
sila komen janganlah lupa.