Etika Penggunaan Internet
Etika Komputer
- Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul.
- Hak peribadi individu, ketetapan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.
Objektif :
- mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
- memahami prinsip etika komputer
- memahami etika profesional Teknologi Maklumat
- mengetahui fungsi kod etika profesional
- keperluan etika komputer
Prinsip Etika Komputer
- Keseimbangan
- Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
- Keizinan termaklum
- Mereka mestilah faham kesan teknologi maklumat dan menerima risiko yang akan dihadapi.
- Keadilan
- Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Risiko yang diterima mestilah adil untuk kedua-dua belah pihak.
- Meminimumkan risiko
- Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risikonya.
10 Rukun Etika Komputer
- Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
- Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
- Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
- Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
- Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
- Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
- Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
- Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
- Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
- Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
Contoh Brosur Etika Penggunaan Internet
Video Etika Penggunaan Internet